Search This Blog

Sunday, 13 March 2016

Aku Audi dan Memba



In Shaa Allah, aku percaya 1 hari nanti kereta ini adalah kepunyaan ku sendiri. 

Masa zaman aku sekolah dulu...memba-memba aku tak tahu jenama kereta ini...ramai yang meminati BMW, MERCEDES, ALFA ROMEO, FORD dan dsb...tak mengapa itu pilihan masing-masing yang empunya citarasa...walaupun aku ditertawakan oleh memba-memba sekolah ku dahulu...aku tak terasa...malah aku tanamkan azam yang mendalam untuk memiliki kereta yang telah menawan hati ku ini....

Setelah beberapa tahun kemudian aku menamatkan zaman persekolahan ku (sekolah menengah daaa), aku masih berjumpa dengan memba-memba sekolah...dalam pertemuan itu...aku lihat memba-memba aku dah guna kereta yang mewah dan yang di idamkan oleh mereka...aku masih tertinggal...dengan berbekalkan dengan sebiji motorsikal Honda Wave...aku telah di tawakan sekali lagi kerana memba-memba aku berkata.."dasyat Audi  kau sekarangkan...2 biji tayar jeeee..perghhhhhhh!!!, kita orang pun tak mampu nak beli..wahaaahahahahahahhahhha!!!!", aku mendiamkan diri dan hanya mampu tersenyum malu..tetapi..senyumku tidak bermakna aku kalah!!

Aku mula merantau negeri orang dan berjinak-jinak dalam dunia kesatria negara, 8 bulan kemudian aku telah menjadi kesatria tetap kepada tanah tumpah darah ku MALAYSIA...Aku merasa banga menjadi sebahagian dari kalangan satria-satria yang lain yang bertungkus lumus mempertahankan negara tercinta MALAYSIA..aku mula merasakan semakin menghampiri kereta yang ku idam-idamkan iaitu AUDI..dan makin membara darah ku untuk terus berbakti kepada negara demi sesuap nasi, keluarga ku dan juga kereta idamannnnnn ku...

Setelah sekian lama aku di negeri orang, aku mempelajari erti apa itu kehidupan, sehari demi sehari aku mengenali perwatakan yang dinamakan manusia..pelbagai kerenah dan ragam serta gelagat manusia ini...baik yang tua mahu pun yang muda, baik yang perempuan mahu pun lelaki segelintir daripada mereka ini umpama saling mencabar antara satu sama lain...tidak ada sikap bertolak ansur sama sekali..namun dengan pengalaman yang telah ku pelajari..aku telah berjaya meleraikan perselisihan faham yang kecil itu..

Pada suatu hari...aku telah pulang ke tempat dimana aku dilahirkan, di sekolahkan. Setibanya aku di stesen bas Larkin, Johor Bahru, Johor. Mata ku telah terpandang kepada seseorang yang mungkin ku kenali..aku mula mengatur langkah ke arah nya...semakin hampir aku mula merasakan yang aku tidak tersilap pandang...aku menegur..." oit kong kang!!!!", mata nya tepat ke arah ku dan dia mula berasakan malu yang amat...kerana memba yang aku tegur itu merupakan salah seorang  memba sekolah ku yang telah menyindir tidak mampu membeli Audi beroda 2 biji seperti aku...kini dia telah mejadi salah seorang "ulat tiket" di stesen bas Larkin.

Setelah berbual dan menceritakan tentang pengalaman ku di negeri orang padanya, Kong Kang mula merasa bersalah dan malu kepada diri ku, kerana dia tidak menyangka yang aku telah berjaya dalam hidup..namun beritahu ku...walupun kata nya aku telah berjaya...akan tetapi aku belum berjaya sebenarnya...kerana..apa yang aku ingin miliki belum tercapai dan In Shaa Allah suatu hari nanti pasti akan ku miliki. Oh My Audiiiii!!!!

Pengajaran disini...kau orang pandai lah berfikir sendiri mengikut kefahaman dan andaian kau orang...wakakakakaka...aku saje je nak kongsi cerita dan pengalaman aku pada kau orang...


Sekian Terima Kasih dan Assalamualaikum..


T-A-M-A-T

No comments:

Post a Comment